Jenis-jenis Hemodialisis Hemodialisis

Hemodialisis Konvensional

Hemodialisis kronik biasanya dilakukan tiga kali seminggu, selama kira-kira 3-4 jam untuk setiap rawatan, di mana darah pesakit diambil keluar melalui tiub pada kadar 200-400 mL / min. Tiub disambung ke pada 15, 16, atau 17 tolok jarum dimasukkan kedalam fistula dialysis atau disambungkan pada salah satu kateter dialisis. Darah tersebut akan dipam melalui dializer, kemudian darah yang diproses akan dipam semula ke dalam aliran darah pesakit melalui tiub. Semasa membuat dialisis, tekanan darah pesakit perlu dipantau, jika tekanan darah pesakit sangat rendah ia boleh menyebabkan prosedur untuk dialisis.

Hemodialisis Harian

Hemodialisis harian biasanya digunakan oleh pesakit yang melakukan dialysis sendiri di rumah. Hemodialisis jenis ini senang di gunakan oleh pesakit di rumah. Hemodialisis harian ini digunakan 2 jam setiap enam hari dalam seminggu.HemodialisismalamHemodialisis malam ialah sama seperti prosedur hemodialisis konvensional. Tetapi ia berbeza pada waktu untuk mengunakannya. Hemodialisis jenis ini biasa digunakan pada waktu malam. Ia digunakan tiga hingga enam hari dalam seminggu. Ia bisasa digunakan semasa pesakit tengah tidur ia itu selama enam jam.